Skuad futsal wanita Melaka United muncul juara Cuckoo Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 selepas mencatat kemenangan dramatik ke atas pencabar terdekat, Selangor MBSJ 3-2 sebentar tadi.
Dalam aksi di Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam padi tadi, Melaka United yang diterajui kapten, Intan Sarah Anisah Zulgafli berjaya mendahului 2-1 di babak pertama.
Namun, Selangor MBSJ berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 9 minit untuk mengikat kedudukan 2-2.
Gol tersebut tidak menggugat semangat juang pemain Melaka United yang berjaya bangkit mendapatkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawan sekali gus memastikan kejuaraan sulung milik mereka.
Kekalahan tunggal Melaka United adalah tewas 1-2 kepada Selangor MBSJ pada aksi terakhir pusingan pertama lalu.
Sementara itu, Selangor MBSJ menamatkan saingan di tempat kedua dengan 25 mata.
Foto: FAMalaysia