.

.

Kami tetap kerah kudrat untuk menang


Biarpun sedang dibelenggu masalah tunggakan gaji namun pemain Melaka United tetap mahu beraksi dengan baik dan menang setiap perlawanan.

Mengakui isu tersebut sedikit sebanyak mengganggu motivasi pemain namun pertahanan Melaka United, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman berharap penyokong terus memberikan sokongan moral kepada pasukan.

“Saya setuju, memang masalah (gaji) menjejaskan moral pemain tapi percayalah (itu) sedikit pun tidak menghalang kami mencari kemenangan.


“Kami pun nak menang, buruk macam mana pun permainan, kami tetap kerah kudrat kami. Kami tak nak menipu dalam rezeki yang kami mahu bagi kepada keluarga. 

“Semua (masalah ini) kami hadap, makian tetapi kami tetap mahu bermain. Kami boleh bermain dengan masalah, tolonglah sokong ketika kami rebah, naikkan moral pemain yg dah jatuh. Itu sahaja yang kami minta,” katanya menerusi satu komen di Facebook semalam.


Ketua jurulatih, Risto Vidakovic dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sabah berkata isu tunggakan gaji memberi kesan kepada prestasi anak buahnya. 

Ini selepas Melaka United mencatat kekalahan kedua dalam tiga aksi awal Liga Super 2022 dan hanya mengutip satu mata ketika mengikat Penang FC baru-baru ini.

Foto: MUFC
Powered by Blogger.