.

.

Aksi lemau, Melaka United catat rekod permulaan terburuk di Liga Super


Melaka United mencatat keputusan terburuk sejak dinaikkan ke Liga Super pada 2017 selepas hanya mengutip satu mata dalam empat perlawanan terawal.

Anak buah Risto Vidakovid hanya merekodkan satu keputusan seri dan tiga kekalahan.


Sepanjang lima tahun beraksi di liga teratas negara, Melaka United merekodkan pungutan mata terendah adalah pada musim lalu dengan empat mata, hasil daripada empat keputusan seri.



Dan malam tadi, memperlihatkan betapa Melaka United beraksi di bawah kemampuan sebenar terutama selepas kehilangan tiga pemain import gara-gara kecederaan.

Di Stadium KLFA Cheras, Melaka United tampak sukar menyaingi kemampuan tuan rumah, Kuala Lumpur City FC apabila tewas 2-0 malam tadi.


Dihimpit masalah gaji, skuad hijau putih ketinggalan seawal minit ketiga hasil jaringan Paulo Josue. Gol tersebut berpunca daripada kegagalan Fakhrullah Rosli mengeluarkan bola dalam kotak penalti.



Sukar menyaingi kemampuan lawan yang menguasai bahagian tengah, Melaka United terus ketinggalan apabila Josue meledak gol kedua pada minit ke-29 apabila menguis masuk hantaran silang J. Partiban.


Terdapat sisa-sisa cubaan Melaka United untuk bangkit dilewat permainan dengan membawa masuk Norshahrul Idlan Talaha dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria namun tidak berhasil.


Kekalahan ini pastinya sukar diterima penyokong Melaka United.


Dengan jumlah 12 pasukan di Liga Super dan akan mengharungi 22 perlawanan, dua mata daripada empat perlawanan pastinya menyukarkan untuk pasukan pergi jauh.


Kedudukan tertinggi di akhir musim mungkin akan di kedudukan pertengahan atau juga bakal bergelut di zon penyingkiran.

Powered by Blogger.