.

.

Sulaiman minta Justin segera lunas gaji tertunggak, tidak pilih bulu


Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meminta pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) segera menyelesaikan isu gaji pemain tertunggak sehingga tiga bulan.

Menurut laporan Melaka Hari Ini, Sulaiman berkata, selepas diswastakansepenuhnya, isu itu kini tanggungjawab kelab sepenuhnya, bukan lagi kerajaan negeri atau Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Katanya, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim meminta pembayaran segera dilakukan memandangkan kelab berkenaan membawa nama Melaka.

“Saya telah berjumpa Justin dan maklumkan pembayaran gaji itu perlu dibuat dari masa ke masa.

“Saya tahu masalah gaji mungkin berlaku kerana ada gaji pemain terlalu tinggi, tetapi MUFC perlu bayar secara keseluruhan, tak bolehlah pilih-pilih pemain.



“Jika tidak, ini boleh melemahkan semangat dan motivasi mereka. Kalau suruh bermain di atas padang, mereka akan sekadar main sahaja dan tidak bersemangat,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat EXCO hari ini.

Ditanya mengenai punca berlaku tunggakan gaji, Sulaiman berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya, sebaliknya hanya diketahui pihak pengurusan kelab sahaja.


“Punca kena tanya MUFC sendiri, saya memang tidak tahu apa punca sehingga terjadi lagi isu sama.


“Cuma yang saya tahu, masalah gaji ini bukan sahaja berlaku di Melaka, tetapi mana-mana kelab di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama,” katanya.


Foto: Ketua Menteri Melaka

Powered by Blogger.