Perlawanan yang sepatutnya mudah namun pemain sendiri yang menyukarnya dan akhirnya kekalahan menjadi milik kita.
Itu yang berlaku di Stadium Hang Jebat malam tadi selepas gol lewat permainan memastikan Sarawak United membawa pulang tiga mata penuh apabila menumpaskan Melaka United 3-2.
Ini sekali gus memadamkan hasrat tuan rumah mencatat kemenangan sulung di laman sendiri musim ini.
Dan lebih memeritkan, kesilapan penjaga gol dalam meramal bola memakan diri apabila membenarkan bola lambung sepakan percuma Francis Kone menerjah gawangnya bagi memberikan gol penyamaan Sarawak United.
Turun dengan misi mengutip tiga mata penuh, Melaka United terlebih dahulu di depan pada minit ke-17 apabila pemain sayap, Sony Norde meledak sepakan lencong menarik menewaskan Tauffiq Ar Rashid di gawang pelawat.
Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Sarawak United berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hanya enam minit selepas itu.
Bermula daripada sepakan sudut, Bryan See gagal menepis dengan baik percubaan dari luar kotak sebelum disudahkan pertahanan Sarawak United, Gonzalo Sato pada minit ke-23.
Syazwan Andik berjaya menggembirakan penyokong tuan rumah pada minit ke-34 apabila merembat masuk bola tepisan Tauffiq untuk kembali meletakkan Melaka United 2-1 di depan.
Pelawat bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-61 menerusi Francis Kone.
Bermula daripada sepakan percuma Kone, bola tersebut terkena pertahanan Melaka United dan kemudiannya melambung menerjah gawang tuan rumah.
See sepatutnya melakukan usaha lebih baik bagi menyelamatkan gawang selepas dia dilihat seakan teragak-agak untuk menumbuk bola tersebut kerana menyangka ianya akan keluar melepasi palang gol.
Keputusan seri ini meletakkan pasukan bimbingan Asri Ninggal di kedudukan kesembilan Liga Super dengan sembilan mata daripada lapan perlawanan.
Ketika perlawanan menuju minit akhir perlawanan, Kone sekali lagi menjadi duri dalam daging Melaka United apabila meledak gol kemenagan pada masa kecederaan bagi memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata.
Foto: MUFC