.

.

Retak menanti belah, Sony dan beberapa pemain dijangka angkat kaki


Selepas kehilangan Mohd Akmal Zahir yang berhijrah ke Kedah, Melaka United bakal menerima tamparan lain apabila beberapa pemain termasuk Sony Norde pula dilaporkan akan angkat kaki.

Sony yang merupakan tonggak utama skuad hijau putih dilaporkan menerima tawaran daripada Selangor FC, Kedah dan pasukan dari Indonesia.

Aksi ketika seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan FC malam tadi merupakan aksi terakhir Sony bersama Melaka United.



Selain Sony, beberapa pemain lain juga difahamkan ingin meninggalkan kelab susulan dakwaan isu gaji tertunggak selama dua bulan.

Difahamkan juga, ada pemain yang telah menghantar surat kepada pengurusan mengenai pembatalan kontrak ketika jendela perpindahan pemain masih dibuka ketika ini.


Tindakan beberapa pemain dengan reputasi besar seperti Sony dan Akmal meninggalkan kelab memberikan tamparan besar buat Melaka United yang bergelut pada awal musim Liga Super.


Ketika ini, Melaka United menggunakan khidmat pengendali sementara, Asri Ninggal.


Foto: MUFC

Powered by Blogger.