.

.

Laluan berliku Piala FA, Asri tuntut anak buah guna kelebihan aksi di laman sendiri


Pengendali sementara Melaka United, Mohd Asri Ninggal menjangkakan laluan penuh berliku bakal ditempuh pasukannya dalam aksi suku akhir Piala FA selepas diundi menentang juara 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bercakap kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Asri berkata, beliau mengharapkan kelebihan beraksi di laman sendiri akan memberikan suntikan semangat kepada anak buahnya ketika turun berdepan skuad Harimau Selatan 23 Julai ini.

"Apabila sudah masuk peringkat suku akhir, tidak boleh lagi memilih pasukan dan diundi bertemu JDT, kami akan cuba beri yang termampu.


"Kami pun baharu berjumpa mereka di tempat sendiri pada 2 Julai lepas dan harap itu sedikit sebanyak akan membantu pemain memahami corak permainan JDT.

"Pemain kena bagi tumpuan yang tidak berbelah bahagi dari minit pertama hingga minit terakhir berdasarkan perlawanan yang dilalui tempoh hari," katanya hari ini,

Pada perlawanan Liga Super Sabtu lalu, Melaka United berjaya mengikat JDT 1-1 hasil jaringan penyamaan Justin Baas sementara gol Harimau Selatan dijaringkan Leandro Velazquez.


Dalam pada itu, dalam undian yang disiarkan secara langsung di platform media sosial MFL petang tadi menyaksikan pemenang antara Melaka United dan JDT diundi bertemu sama ada Sri Pahang FC atau Penang FC untuk perlawanan separuh akhir.

Bagi kejohanan Piala FA, perlawanan peringkat suku akhir hanya dilangsungkan sekali sahaja, tiada perlawanan timbal balik.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.