.

.

Melaka United ikat JDT di Hang Jebat


Di atas kertas, hasrat mengutip sebarang mata menentang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) seakan jauh panggang dari api.

Sudahlah kehilangan pemain utama seperti Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti, Norazalan Razali dan Fakhrullah Rosli kerana kecederaan dan urusan keluarga. 

Melaka United juga terpaksa melupakan khidmat Syazwan Andik dan Mohd Fadhli Shas kerana syarat pinjaman pemain JDT tersebut.

Jika sebelum ini purata kehadiran penonton di Stadium Hang Jebat sekitar 1870 orang, namun aksi menentang skuad Harimau Selatan malam tadi menyaksikan kehadiran ribuan penyokong daripada kedua-dua pasukan.


Dan aksi sebentar tadi juga menyaksikan Melaka United mempamerkan disiplin yang tinggi apabila berjaya menyekat rentetan kemenangan JDT dengan keputusan 1-1.

Tidak diletakkan harapan yang tinggi untuk memperoleh sebarang mata, anak buah Mohd Asri Ninggal berjaya menyerap asakan asal pelawat sehingga menyaksikan penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva terpaksa dibawa keluar pada awal permainan.


Namun, pemain yang menggantikan Bergson, Safawi Rashid menjaya menampan bola kepada Leandro Velazquez untuk meledak gol sulung JDT pada minit ke-27.

Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Melaka United kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-38 hasil jaringan pemain pertahanan, Justin Baas.


Bermula daripada gerakan sepakan sudut pendek yang diambil Adriano, pemain tengah itu berjaya melorongkan bola kepada Sony Norde yang masuk ke dalam kotak penalti sebelum menghantar ke depan gawang Farizal Marlias sebelum diterjemahkan menerusi jaringan oleh pemain antarabangsa Filipina itu.


Babak kedua menyaksikan JDT mengasak mencari gol kemenangan namun Melaka United kebal mempertahankan kubu mereka untuk mencuri satu mata berharga.

Keputusan ini meletakkan Melaka United di tangga kesembilan Liga Super dengan sembila mata daripada sembilan perlawanan.

Foto: MUFC
Powered by Blogger.