.

.

Akui masih pemilik Melaka United, Justin Lim enggan ulas spekulasi


Memetik laporan portal New Straits Times semalam, Justin berkata, perkara itu sekadar khabar angin namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Portal bola sepak, Harimau Malaya kelmarin mendedahkan kemungkinan Justin telah angkat kaki meninggalkan pasukan hijau putih.

Harimau Malaya yang memetik sumber yang terdekat dengan pemain Melaka United mendakwa, pasukan itu juga kini dibelenggu masalah tunggakan gaji sehingga empat bulan.

Katanya, masalah itu membuatkan pemain berdepan pelbagai masalah terutama dalam meneruskan kelangsungan hidup masing-masing.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab mengenai spekulasi peletakkan jawatan pemilik kelab selatan tanah air berkenaan.

Untuk rekod, syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd mengambil-alih saham kelab pada 2021 ekoran penstrukturan bagi penswastaan pasukan.

Foto: MUFC
Powered by Blogger.