.

.

Sangkal dakwaan letak jawatan, Justin kekal CEO Melaka United

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Justin Lim menyangkal dakwaan kononnya dirinya telah angkat kaki melepaskan jawatan di kelab tersebut.

Bagaimanapun Justin tidak menafikan kekecewaannya mengenai isu pegangan saham kelab.

Walaubagaimanapun, selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan dilakukan, kami telah mencapai kata sepakat dan kini sedang dalam proses penyelesaian bersama. 

“Berhubung khabar angin yang menyatakan saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bolasepak Melaka United, ingin saya nyatakan di sini bahawa ia adalah tidak benar. 

"Di sini juga ingin saya nyatakan akan kekal komited menerajui Melaka United. Pencapaian kita sejak pengambilalihan kelab pada tahun lalu juga boleh dibanggakan. 


"Saya percaya pasukan tahun ini lebih baik dan mampu mencipta lebih banyak kejayaan dengan kerjasama semua pihak berkepentingan.

"Saya merupakan ahli perniagaan yang masih baru di dalam industri bola sepak. Sudah pastinya saya tidak terlepas untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ini merupakan ‘learning curve’ untuk saya membawa kelab ini ke tahap lebih baik dari sebelum ini. 

"Saya sentiasa beriltizam untuk menyelesaikan semua masalah dan tidak pernah lari dari tugas saya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baru-baru ini timbul desas-desus yang mendakwa Justin melepaskan semua pegangannya dalam Melaka United sekali gus mencetus persoalan mengenai masa depan kelab berkenaan.

Melaka United bakal menyambung aksi Liga Super hari ini apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim menentang Johor Darul Ta'zim.

Foto: MUFC

Powered by Blogger.