.

.

Pakai baju putih solidariti buat pemain Melaka United


Ultras Taming Sari (UTS) mengajak penyokong Melaka United memakai baju berwarna putih sebagai tanda sokongan terhadap pemain dan pegawai pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji selama tiga bulan.

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi UTS semalam, gerakan itu meminta penyokong yang hadir ke Stadium Hang Jebat bagi aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC malam ini bersama-sama menjayakannya.


“Berbaju putih untuk solidariti kepada pemain yang masih berjuang walau tanpa gaji. Tiada yang selayaknya diperlakukan sebegini.


“70%? 30%? Kau semua 100% b*****!” katanya.


Pemain dan pegawai pasukan Melaka United berdepan detika sukar ketika ini selepas tidak menerima gaji selama tiga bulan bagi Jun, Julai dan Ogos 2022 serta baki bagi bulan Januari.


Perkara ini telah disuarakan Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Sementara itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telahpun mengarahkan Melaka United melunaskan tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama sehingga 20 September ini.


Sekiranya gagal, Melaka United akan kehilangan slot ke Piala Malaysia selain status lesen kelab bagi 2023 akan terjejas.

Powered by Blogger.