.

.

Tidak kisah disingkir, Melaka United gesa ‘pihak berkepentingan’ bersama jaga kebajikan pemain, pegawai

Susulan pembatalan slot TM piala Malaysia 2022 kerana isu gaji tertunggak, Melaka United berjanji akan berusaha untuk masalah yang membelenggu kelab itu ketika ini.

Namun pada masa sama, kelab itu turut menggesa ‘pihak berkepentingan’ turut sama berganding bahu membantu dalam usaha memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan yang akhirnya menjamin kelestarian kelab.


“Proses penstrukturan saham dan mendapatkan dana dari pihak berkepentingan yang masih belum selesai. 


“Ini menyebabkan pengurusan kelab membuat keputusan supaya perkara ini diselesaikan terlebih dahulu dan keutamaan diberikan untuk kekal di Liga Malaysia tahun hadapan.


“Kelab memohon maaf kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlepas untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini serta para penyokong yang menjadi tulang belakang pasukan selama ini.


“Pihak pengurusan mengambil iktibar daripada isu ini dan akan terus memandang ke hadapan bagi memastikan Melaka United memperoleh lesen bagi menyertai Liga Malaysia 2023,” katanya hari ini, 21 September 2022.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini membatalkan slot TM Piala Malaysia 2022 bagi Melaka United kerana gagal menepati tarikh akhir melunaskan baki gaji tertunggak pemain dan pegawai pasukan.


Foto: MUSA

Powered by Blogger.