.

.

De Paula bakal perkuat Melaka FC

GUILHERME DE PAULA

PENYERANG naturalisasi negara, Guilherme de Paula semakin hampir menyertai Melaka FC secara pinjaman bagi musim ini.

Pemain kelahiran Brazil berusia 37 tahun itu dijangka memperkuatkan jentera serangan pendatang baharu Liga M3 tersebut selepas Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) mengadakan perbincangan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan Presiden MAFA, Datuk Nur Azmi Ahmad dalam temuramah bersama Astro Arena kelmarin.

Difahamkan, seorang lagi pemain berpengalaman yang juga bekas pemain Melaka United akan menyertai Melaka FC musim ini.

Melaka FC ditubuhkan tahun lalu oleh MAFA selepas kelab tradisi, Melaka United tidak dibenarkan beraksi di Liga Super gara-gara tunggakan gaji yang sekitar RM2.4 juta.

Kedua-dua wakil Melaka ini membuat permohonan bagi menyertai Liga M3 namun Liga Bola Sepak Amatur (AFL) selaku pengendali hanya membenarkan penyertaan Melaka FC sahaja.

Powered by Blogger.