.

.

Fakhrul Aiman ketuai serangan, kepulangan Veenod dan Syamin, siapa lagi perkuat Melaka FC?

PERSIAPAN pendatang baharu Liga M3, Melaka FC tidak banyak didedahkan baik daripada pengenalan logo pasukan, perlawanan persahabatan pramusim mahupun pemain dan pegawai pasukan.

Penyokong Melaka mendapat tahu serba sedikit maklumat mengenai pasukan itu hanya melalui media massa tatkala pasukan tradisi mereka, Melaka United diibaratkan digantung tak bertali tidak dibenarkan menyertai saingan M3.


Melaka FC bermula dengan melantik ketua jurulatih dari Portugal, Pedro Hipolito bagi membentuk pasukan.

Pedro turut membawa seorang jurulatih kecergasan bersamanya dan dibantu oleh jurulatih tempatan Leong Hong Seng dan seorang jurulatih penjaga gol.


Pasukan yang dikendalikan Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) ini membawa masuk pemain baharu seperti Fakrul Aiman dari (KL City FC), Ahmad Syamim Yahya (Perak FC), S. Veenod (Sarawak United), Idris Ahmad (Perak FC) serta Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka United).


Sehingga hari ini (17 Februari 2023), Melaka FC telah mengadakan beberapa aksi persabatan.

Bermula dengan aksi seri 1-1 menentang PDRM FC, Selangor B23 (4-1), Perak B23 (1-5), Sains FC (2-1), ATM FA (3-3), Sabah FC (0-4) dan sekali lagi Sabah FC (3-3).


Pasukan ini bakal membuka tirai Liga M3 pada 4 Mac depan menentang Sains FC di Stadium Hang Tuah sebelum berdepan lawan lebih kuat, Harini FC di Stadium UPM Serdang pada 11 Mac.

Anak buah Pedro bakal melayan kunjungan Bukit Tambun FC pada 18 Mac sebelum saingan berehat pada bulan Ramadan.


Berikut merupakan senarai 22 pemain Melaka FC:-

  • Mohammad Daniel Wafiuddin Sa'dun
  • Mohammad Nasrullah Abdul Aziz
  • Muhammad Fahmie Hanapiah
  • Mohd Idris Ahmad 
  • Muhammad Iman Hakimi Aznan
  • P. Looga
  • Syahrul Azwari Ibrahim
  • Amirul Hamer
  • Muhammad Hafiz Mohd Johar
  • M. Youwarasan
  • S. Veenod
  • K. Thivandran
  • Mohamad Shafiq Al-Hafiz Dawawi
  • Muhammad Sharin Sapien
  • Mohammad Farid Khazali
  • Muhammad Shamerul Abd Aziz
  • Aidil Putra Zulkefli
  • Ahmad Syamim Yahya
  • Mohammad Ridzuan Mohd Razali
  • Mohammad Fakhrul Aiman Sidid
  • Muhammad Luqmanul Hakeem Norizam
  • Mohammad Nor Harith Roslan

Foto: Sabah FC, Sains FC

Powered by Blogger.