Syamim buat pusingan U?

Bekas pemain Perak FC, Ahmad Syamim Yahya dilaporkan membuat pusingan-U apabila mengambil keputusan untuk tidak menyertai Melaka FC.

Pemain sayap berusia 33 tahun itu sebelum ini dilihat menyertai kem pramusim Melaka FC dan turut beraksi dalam perlawanan pemanas badan pasukan Liga M3 tersebut.


Bagaimanapun, difahamkan pemain tersebut mengambil keputusan untuk tidak menyertai Melaka FC dengan kemungkinan turut mendapat tawaran daripada pada pasukan lain menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain hujung Februari ini.

Keputusan itu nyata mengejutkan kerana pengalaman yang dimiliki Syamim yang juga pernah beraksi untuk Melaka United ditagih Melaka FC dalam membentuk gabungan muka baharu dan lama.


Difahamkan pengganti Syamim akan diumumkan dalam masa terdekat sebelum jendela perpindahan ditutup.


Melaka FC pada Sabtu lalu mengumumkan hanya 24 pemain untuk saingan Liga M3 musim ini termasuk beberapa nama besar seperti Guilherme de Paula, Fakhrul Aiman Sadid, Syahrul Azwari Ibrahim dan Idris Ahmad.


Kelab yang baharu ditubuhkan ini akan membuka saingan menentang SAINS FC di laman sendiri pada 4 Mac depan.


Foto: Perak FC & SAINS FC