NASIR Basharudin menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi membantu Harini FT mengikat Melaka FC 3-3 di Stadium UPM, Serdang hari ini.
Turun beraksi dalam hujan renyai di Serdang, Melaka FC terlebih dahulu di depan apabila serangan balas pantas diterjemahkan Farid Khazali untuk meletakkan pelawat 1-0 di depan.
Tidak lama selepas itu, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan N. Thanabalan sekali gus mengikat kedudukan 1-1.
Babak kedua menyaksikan Melaka FC sekali lagi di depan kali ini hasil tandukan kemas de Paula yang gagal diselamatkan Hafizul Hakim Khairul Nizam di gawang Harini FT.
Harini FT bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan selepas percubaan dari jarak jauh D. Kugaan gagal ditepis Mohammad Nasrullah Abdul Aziz.
De Paula menjaringkan gol kedua peribadinya malam itu menerusi tolakan mudah ke dalam gawang tuan rumah menjadikan kedudukan 3-2.
Namun, Basir menjadi duri dalam daging buat Melaka FC apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memastikan pasukannya mengutip satu di laman sendiri.