.

.

Melaka FC mula dengan langkah kiri

IMPIAN Melaka FC meraih tiga mata penuh dalam penampilan sulung di Liga Malaysia tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Sains FC di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Membariskan dua penyerang berpengalaman, Fakhrul Aiman Sidid dan Guilherme de Paula, Melaka FC berjaya meledak gol pertama pada minit ke-17 menerusi Farid Khazali. 


Namun kegembiraan tuan rumah tidak lama apabila pelawat menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan Firdaus Azizul.

Minit ke-55 menyaksikan giliran Sains FC pula di depan menerusi Norzaiful Zaizurin sebelum Rafiq Shah Zaim melengkapkan kemenangan 3-1 pelawat menerusi jaringan pada minit ke-70.

Skuad kendalian Pedro Hipolito ini akan meneruskan misi meraih mata pertama di Liga M3 apabila bertandang ke Serdang menetang Harini FT pada 11 Mac depan.

Foto: Melaka FC


Powered by Blogger.