.

.

Melaka FC tersingkir daripada Piala FA

HASRAT Melaka FC untuk melakar kejutan di Stadium Sultan Mizan tidak kesampaian apabila dibelasah Terengganu 4-0 malam tadi.

Layak pusingan 16 terakhir selepas mendapat bye dalam undian, Melaka FC yang dibimbing Pedro Hipoliti tampak sukar memberi saingan kepada kelab Liga Super tersebut.


Hasilnya, Ivan Mamut meletakkan tuan rumah di depan seawal minit keenam menerusi rembatan kaki kiri melepasi penjaga gol Melaka FC, Daniel Wafiuddin Sa’dun.



Syafiq Al-Hafiz berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-62 namun sepakan percuma yang diambil dari sayap kiri berjaya ditepis keluar penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Pemain gantian, Hakimi Abdullah menggandakan jaringan buat Terengganu FC apabila meletakkan gol ke sebelah kanan gawang pelawat untuk menjadikan kedudukan 2-0.


Gol tersebut terhasil daripada gerakan menarik Jordan Mintah yang melakukan larian masuk ke dalam kawasan penalti sebelum menghantar kepada Hakimi untuk gol kedua Sang Penyu.


Tuan rumah terus garang memburu tambahan gol dalam 15 minit terakhir perlawanan.

Usaha itu berhasil pada minit ke-82 apabila Mintah menghukum kealpaan benteng pertahanan Melaka FC sebelum memperdaya Daiel Wafiuddin dan meledak gol ketiga Terengganu FC.


Mintah kemudiannya mencetak gol kedua peribadinya malam tadi apabila melakukan kuisan cantik di depan gol hasil hantaran silang Engku Shakir pada masa kecederaan. 


Foto: Melaka FC

Powered by Blogger.