Melaka FC catat kekalahan kedua di Liga M3

MELAKA FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tumpas 2-0 kepada KL Rovers dalam aksi Liga M3 di Stadium Hang Jebat malam tadi.


Turun tanpa penyerang utama, Guilherme de Paula, skuad bimbingan Pedro Hipolito mengikat pendahulu liga itu dengan keputusan tanpa jaringan pada babak pertama.


Namun, pelawat memecah kebuntuan pada minit ke-49 menerusi jaringan penyerang, Muhamad Rafie Mat Yaacob.


KL Rovers tambah selesa apabila memperoleh gol kedua menerusi jaringan bekas pemain UiTM FC, Faris Hafiz Azhar pada minit ke-67.


Tiada tambahan jaringan terhasil sehingga 90 minit perlawanan sekali gus memastikan KL Rovers kekal mengemudi Liga M3, berkongsi mata bersama Sains FC.


Ini pula merupakan kekalahan kedua Melaka FC dalam empat perlawanan. Pasukan itu hanya menang dan seri sekali sekali gus kekal di tangga pertengahan liga dengan empat mata.