.

.

Naga Ultimate jadi 'lauk' Melaka FC

MELAKA FC menjadikan Naga Ultimate sebagai mangsa kebangkitan apabila mencatat kemenangan besar 7-1 dalam aksi Liga M3 di Stadium Utama Kuala Selangor, Selangor.

Tewas 2-0 ke atas KL Rovers di laman sendiri minggu lalu, anak buah Pedro Hipolito mendahului seawal minit ke-14 menerusi jaringan P. Looga. 


Tuan rumah bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan M. Megaraj pada minit ke-26 namun pelawat kembali didepan sebelum rehat hasil penyudah Syazwan Zaipol pada minit ke-45.


Separuh masa kedua menyaksikan Melaka FC terus garang apabila meledak lima lagi gol.


Muhammad Shamerul Abd. Aziz menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-47 sebelum pemain tengah, Muhamad Sharin Sapien menambah jaringan pada minit ke-63.


Nor Harith Roslan kemudiannya menambah dua lagi gol buat Melaka FC apabila meledak jaringan pada minit ke-73 dan 78 sebelum Fakhrul Aiman melengkapkan kemenangan pada minit ke-87.

Powered by Blogger.