Melaka FC peruntuk RM1.8 juta bentuk pasukan kompetetif
Melaka FC bersedia menjadi percabar utama kejuaraan Liga M3 musim depan menerusi peruntukan dana sebanyak RM1.8 juta bagi membentuk pasukan.
Pemilik kelab, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, peruntukan yang disediakan itu dijangka mampu kelab membawa pemain berkualiti sekali gus mara ke Liga Super pada 2025.
Bagi tujuan itu katanya, kelab turut menerapkan konsep pembayaran gaji dua kali sebulan bagi memastikan pemain sentiasa berada dalam prestasi terbaik.
"Apa yang penting musim ini, Melaka FC tidak berdepan sebarang isu gaji berikutan semua pembayaran gaji dan perkara yang berkaitan diselesaikan sebelum kontrak pemain berakhir.
"Justeru, kami juga akan memastikan tiada sebarang isu berkaitan gaji yang boleh menjejaskan prestasi pasukan musim depan," katanya dipetikan daripada Berita Harian, hari ini.
Nur Azmi berkata, biarpun sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 13 pasukan bertanding musim ini, pihaknya serius berusaha memastikan lembaran baharu kegemilangan pasukan dapat dicipta musim depan.
Post a Comment