Jersi yang dipakai skuad Piala Presiden Melaka ketika turun melayan kunjungan Kelantan di Stadium Hang Tuah, petang semalam. Foto: MAFA |
Namun, sesuatu yang lebih menarik perhatian penyokong bola sepak Melaka apabila melihat jersi yang dipakai pemain langsung tidak menggambarkan pasukan itu mewakili negeri berkenaan.
Jika pasukan pelawat gah dengan jersi serba merah putih The Red Warriors, Melaka pula turun dengan memakai jersi berwarna hijau turquoise-hitam.
Lebih teruk lagi, jersi berkenaan tidak mempunyai logo Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) termasuk di bahagian seluar pemain yang juga tiada nombor.
Jersi yang dipakai skuad Piala Presiden Melaka ketika turun melayan kunjungan Kelantan di Stadium Hang Tuah, petang semalam. Foto: MAFA |
"Design JC (reka bentuk jersi) siapa (yang) pilih tidak melambangkan warna kebanggaan dari dahulu. Main (beraksi) di laman sendiri pula tu. Maaf sekadar luahan. Apapun persembahan yang baik (daripada pasukan)," tulis beliau di ruangn komen di Facebook.
Sementara itu, seorang penyokong. Ng Yi Chin berkata, beliau berharap supaya MAFA mengeluarkan jersi khas sempena 100 tahun penubuhan kelab tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Aku siap harap ada logo ulang tahun ke-100 MAFA," katanya di Facebook.