.

.

Melaka A3 Super League buka saingan Sabtu ini

Mohd. Ridhwan Mohd. Ali bergambar kenangan bersama wakil pasukan selepas sesi undian dan taklimat Melaka A3 Super League di sebuah hotel di Melaka, malam tadi. Foto: Naning Media

 MELAKA A3 Super League mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi liga komuniti A3 pertama di negeri itu memulakan saingan liga Series 1 bermula Sabtu ini.

Sebanyak lapan pasukan akan bertanding bagi merebut dua slot automatik ke saingan Liga A2 dengan perlawanan pembukaan antara Scofa FC dan Danke FC akan dilangsungkan di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).


Antara pasukan lain yang turut memberi saingan adalah seperti UTEM United FC, Dynamo FC, SBC FC, Serkam United, Melaka Cops FC dan Sg. Putat FC.

Majlis undian dan taklimat mengenai kejohanan telah diadakan di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka, malam tadi yang disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka Baru, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali.

Turut hadir Setiausaha Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka Baru, Sani Kalam; Ketua Pengarah Eksekutif Super Football League, Sahdan Shaherom dan Pengerusi Super Football League, Muhd. Razali Omar Othman.

Mohd. Ridhwan Mohd. Ali memberikan taklimat kepada wakil pasukan yang akan bersaing dalam Melaka A3 Super League di sebuah hotel di Melaka, malam tadi. Foto: Naning Media 

Format Melaka A3 Super League menyaksikan kesemua pasukan bakal beraksi dalam tujuh perlawanan secara liga dengan empat pasukan terbaik akan berentap di peringkat separuh akhir.

Dua pemenang di separuh akhir akan layak secara automatik ke saingan Liga A2 musim depan dengan aksi final bakal menentukan juara bagi Series 1.

Mohd. Ridhwan Mohd. Ali bergambar kenangan bersama wakil pasukan selepas sesi undian dan taklimat Melaka A3 Super League di sebuah hotel di Melaka, malam tadi. Foto: Naning Media

Dalam pada itu, Melaka A3 Super League Series 2 pula dijangka akan bermula seawal Julai dengan penyertaan masih dibuka kepada mana-mana pasukan yang berminat menyertai kejohanan itu. 




Powered by Blogger.