Melaka FC merupakan antara pasukan pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga A1 Semi-Pro musim ini. Foto: Melaka FC |
Menamatkan saingan Liga A1 (dahulu dikenali sebagai Liga M3) di tangga ke-10 musim lalu, Melaka FC kemudiannya akan melayan kunjungan pendatang baharu, Gombak FC di Stadium Hang Jebat pada 8 Jun depan.
Sepak mula bagi aksi di laman sendiri berkenaan dijadualkan bermula pada pukul 8:45 malam.
Sementara itu, dua aksi terakhir pada bulan Jun menyaksikan skuad bimbingan K. Devan itu bakal bertandang ke tempat lawan bertemu Bukit Tambun FC pada 22 Jun sebelum bertandang ke Manjung menentang Manjung City FC pada 29 Jun.
Dalam pada itu, Melaka FC menerusi Facebook memaklumkan, Stadium Hang Jebat telah dipilih sebagai gelanggang home bagi kelab itu bagi mengharungi musim 2024/2025.
Dua tonggak import turut dibawa masuk bagi memperkuatkan jentera tengah dan serangan Melaka FC musim ini. Foto: Melaka FC |
Beberapa muka baharu dibawa masuk sepeti Nasir Basharuddin, Nizaruddin Jazi, Mohd. Haziq Puad, Khairul Anwar Shahrudin dan lain-lain serta diperkuatkan dengan dua pemain import muda dari Afrika.
Pasukan itu turut mengadakan perlawanan pramusim menentang kelab Liga Super termasuk Kuala Lumpur (KL) City FC sebagai rangka persiapan bagi menghadapi kempen Liga A1 Semi-Pro musim ini.