SG. PUTAT FC mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara sulung Liga Super Komuniti A3 Melaka selepas menewaskan SBC FC, 2-0 pada aksi final di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, petang tadi.
Tewas 2-0 dalam aksi liga sebelum ini, Sg. Putat turun ke Hang Jebat dengan misi membalas dendam kekalahan tersebut sekali gus menggondol kejuaraan liga siri satu musim ini.
Hasrat tersebut berjaya direalisasikan apabila M. Azmil Azran A. Rahman dan Mohammad Imran Samso masing-masing mencetak satu gol sekali menghadiahkan kemenangan buat Sg. Putat.
Lebih manis lagi, Mohammad Imran dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir, M. Azmil Azran dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai sementara Muhammad Aiman Shah pula dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, Serkam United pula menamatkan saingan di tempat ketiga mengatasi Desa Baru FC yang berada di tempat keempat.
Untuk rekod, dua pasukan yang berjaya lolos ke final layak secara automatik ke saingan Liga A2 Amatur musim depan.
Untuk rekod, dua pasukan yang berjaya lolos ke final layak secara automatik ke saingan Liga A2 Amatur musim depan.
Liga Super Komuniti A3 Melaka Siri Dua dijangka bakal diadakan dalam tempoh terdekat dengan lebih 10 pasukan difahamkan telah mendaftar untuk menyertai kejohanan tersebut.