LIGA FAM 2014: SUNGAI ARA FC 3-0 MELAKA UNITED
Tumbang lagi. Pasukan Melaka United merakam kekalahan hatrik apabila tumpas 0-3 kepada pasukan berstatus kelab, Sungai Ara FC di Stadium USM, di sini malam tadi.
![]() |
BERBISA... Azrul (39) meraikan jaringan sulung bersama rakan sepasukan. |
Melaka United turun ke Pulau Pinang dengan misi menamatkan badi dua kekalahan berturut-turut namun hasrat anak buah Rahim Abdullah itu tidak kesampaian. Walaupun menyenaraikan dua pemain baru dalam kesebelasan utama, Wan Alif Jasmi dan Muhammad Hafizulldin, pelawat gagal memberikan tentangan sengit kepada tuan rumah.
![]() |
LEDAK... Azrul berjaya melepasi kawalan Rashid dan menyumbang gol buat tuan rumah. |
![]() |
GOL KEDUA... Azrul sekali lagi sumbang gol buat Sg. Ara FC. |
Peluang untuk layak ke Liga Perdana 2015 semakin pudar. Pasukan kini dipisahkan dengan enam mata dengan pasukan di tangga kedua, Shahzan Muda dengan lawan masih berbaki satu perlawanan. Hanya dengan keajaiban sahaja mampu membantu pasukan ini promosi ke Liga Perdana musim hadapan. Bangkitlah Melaka United dari terus dihina.
SUNGAI ARA FC: Mohd Faizal, Mahathir, Muhd Irzan, Syamil Masdokhi, Mohd Ali Fadhil, Mohd Syazwan, Muhd Hamizan (Adidarma Malik 79'), Muhd Izaidi (Muhd Zul Haidi 74'), Muhd Saufie, Muhd Azrul, Muhd Asyraf (Muhd Farhan 71')
Simpanan Yang Tidak Digunakan: Muhd Rahimy Afiq, Muhd Nazrul Nakhaie, Karthiban, Muhd Nur Amzar
Kad Kuning: -
MELAKA UNITED: Khairul Efsan (Muhd Bidaus 42'), Rahmat Neemat, Rashid Mamud, Wan Hossen, Hafizulldin, Aaron Kumar, Rahim Bakar (Asyrul Wahab 46'), Jasmir Mehat, Shaizil Japery, Yusri Abas (Amirul Omar 81'), Wan Alif Jasmi
Simpanan Yang Tidak Digunakan: Ng. Choon Yiap, Amir Shahreen, Muhamad Hazwan, Mohd Razi
Kad Kuning: Rahim Bakar
Foto: Melaka United Official, Arena Penang FA
Post a Comment