.

.

PIALA MALAYSIA: NURSHAMIL LAUNG KEYAKINAN

TENTANG... Nurshamil yakin Melaka United mampu melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia. Foto: MUSA
MELAKA 24 Mei - Penyerang Melaka United, Nurshamil Abd. Ghani melaungkan keyakinan pasukan dari selatan tanahair ini mampu memberikan tentangan sengit ke atas pesaingnya dalam saingan peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2016.

Menurut Nurshamil, walaupun ditempatkan bersama-sama pasukan handal seperti Felda United, Terengganu dan Negeri Sembilan, pasukan itu tidak gentar malah mengetahu kelebihan dan kekuatan yang dimilik lawan mereka.

"Ya saya yakin (dapat memberi tentangan). Kita tahu akan permainan, pemain dan kekuatan Felda United. 

"Mungkin Melaka yang baharu sahaja dinaikkan ke Liga Perdana dan layak ke Piala Malaysia tetapi kita akan cuba beri tentangan hebat kepada setiap pasukan dalam kumpulan D," katanya dalam temubual bersama TV9 selepas Majlis Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia di sini, malam tadi.

Melaka United yang ditempatkan dalam pot tiga diundi bersama-sama dua pasukan Liga Super, Felda United dan Terengganu sementara satu lagi pasukan adalah seteru Liga Perdana, Negeri Sembilan.
Powered by Blogger.