.

.

Pengadil Pahang-Melaka United tular di media sosial


GARA-GARA didakwa membuat keputusan berat sebelah dalam aksi pusingan ketiga Piala FA antara Pahang dan Melaka United, pengadil perlawanan tersebut menjadi tular di media sosial hari ini.

Penyokong pelawat yang bertandang ke Stadium Darul Makmur semalam mendakwa Mohd. Amirul Izwan Yaacob menyebelahi tuan rumah dalam hampir semua keputusan yang dilakukan.

Tindakan Mohd. Amirul Izwan menghadiahkan sepakan penalti kontroversi kepada pasukan bimbingan Dollah Salleh itu mencetuskan persoalan ratusan penyokong pelawat yang bertandang ke Kuantan.

Ini kerana didakwa mereka, bola tersebut terkena tangan (ball to hand) Muhammad Faizal Muhammad dan bukannya ditampan dengan sengaja  (hand ball) pertahanan Melaka United itu.

Penalti kontroversi itu merupakan titik perubahan besar dalam perlawanan berkenaan dan disusuli beberapa keputusan yang menjejaskan permainan kerana berat sebelah.


Capo Ultras Taming Sari, Lekir Hj Ahmad dalam akaun Facebooknya berkata, penyokong Melaka United menerima kekalahan tersebut.

Namun, kata Lekir, sebagai seorang pengadil bertauliah, Mohd. Amirul Izwan sepatutnya berlaku adil dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Terima kekalahan tapi... Keputusan jangan memandang pada siapa di kerusi orang kenamaan (VIP). Kena adil bang, pengadilkan.
"Lama dah peratikan kau, selalu sangat," katanya.

Dalam pada itu, ada diantara page Facebook Melaka United yang memerli pengadil menerusi gambar praperlawanan yang telah disunting.


Apapun yang dilakukan, keputusan pengadil adalah muktamad namun badan yang mengawal organisasi itu perlu memandang serius perkara ini jika tidak mahu integriti mereka terus dipersoalkan.

Foto: Media sosial, Penyokong Kuaci 
Powered by Blogger.