ILIJA Spasojevic bukan satu nama yang asing lagi buat penyokong Melaka United malah nama penyerang berasal dari Montenegro itu mula meniti di bibir peminat bola sepak tempatan selepas muncul pemenang kasut emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 24 musim lalu.
Bekas tonggak kelab Indonesia, Persib Bandung itu turut meledak tiga gol sepanjang kempen Piala Malaysia musim lalu dan menjadikan jumlah keseluruhan jaringan pada musim itu kepada 27 gol dalam 24 perlawanan.
Namun, musim keduanya bersama Melaka United tidak seperti yang diharapkan apabila Spasojevic atau Spaso sekadar meledak tiga gol dalam enam perlawanan sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depannya ketika jendela perpindahan pertengahan musim akan ditutup 11 Jun ini.
Tiada kelibat Spasojevic dalam aksi persahabatan menentang MISC-MIFA di Stadium Hang Jebat malam tadi dengan Melaka United dilihat menguji seorang penyerang baharu dari Nigeria, MacPherlin Dudu Omagbeni.
Penyerang dari Montenegro ini sering dikawal ketat pertahanan lawan. |
Benarkah Spasojevic tidak mampu bermain di tahap tertinggi kancah Liga Malaysia?
Jika dilihat kepada statistik sepanjang karier beliau, Spaso merupakan penyerang prolifik sejak beraksi di kelab Giorgia, Dinamo Tbilisi dengan menjaringkan 30 gol dalam 61 penampilan; Bali Devata, 14 penampilan 10 gol; PSM Makassar 29 (19 gol), Mitra Kukar 16 (10 gol), Putra Samarinda 23 (12 gol) dan Persib Bandung 8 (4 gol).
SPASO menyertai Melaka United daripada Persib Bandung dengan kontrak dua tahun. |
Di Melaka pula misalnya, Spaso terlepas beberapa aksi awal Liga Perdana kerana kecederaan namun apabila kembali ke dalam kesebelasan utama, bapa kepada dua cahaya mata ini menjadi antara nama terawal berada dalam senarai Mat Zan Mat Aris.
Menjadi igauan pertahanan di Liga Perdana dengan ketajaman penyudah yang dimilikinya. |
Jenis penyerang seperti ini sebenarnya memerlukan bantu daripada seorang pemain tengah kreatif seperti yang pernah dimiliki Melaka United musim lalu seperti Balsa Bolzovic dan Labinot Harbuzi selain daripada hantaran silang menerusi larian-larian pantas pemain sayap seperti R. Surendran, Jasmir Mehat, Iskandar Hanapiah serta bantuan Yashir Pinto.
Hubungan antara pemain akrab ketika dibawah kendalian Mat Zan Mat Aris. |
Selain itu, keputusan menggugurkan rakan sepasukan, Labinot Harbuzi atas faktor sikap merupakan antara titik tolak kepada kemerosotan prestasi Spaso.
Hubungan akrab dengan Labi antara kunci kepada kejayaan Spaso meraih kasut emas musim lalu. |
Biarpun pasukan mencatatkan prestasi hambar sepanjang separuh musim pertama, Spaso masih menjadi watak penting kepada 11 mata yang diraih.
Spaso menjaringkan gol tunggal ketika menundukkan Kelantan di Kota Bharu. |
Selain daripada itu, tonggak import ini juga memainkan watak penting kepada kemenangan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak apabila hantarannya membantu Jeon Woo-Young menjaringkan gol tunggal perlawanan, sekali gus menghadiahkan tiga mata buat Melaka United.
Secara teknikalnya, Spaso terlibat dalam dua kemengan dan satu seri sepanjang musim ini biar pun hanya beraksi dalam 776 minit perlawanan.
Aksi menentang Pulau Pinang menyaksikan Spaso ditimpa kecederaan pada babak pertama, sekali gus terlepas perlawanan menentang Kedah. |
Mungkin pengurusan MUSA perlu mengambil perhatian terhadap situasi yang berlaku kerana sedikit kesilapan pencaturan pastinya akan merugikan pasukan, apatah lagi memungkinkan Melaka United turun ke Liga Perdana.
Foto: Ilija Spasojevic
Foto: Ilija Spasojevic