EKSKLUSIF: Melaka kalah mereka senyum... Mereka main hanya untuk wang - Labi
Labinot Habuzi atau lebih dikenali dengan Labi cukup dekat dengan hati penyokong bola sepak Melaka United dek kerana gelagatnya yang sering mencetuskan kontroversi dan sebagainya.
Namun, disebaliknya yang tersurat yang sering diuar-uarkan di media sosial, ramai yang tidak tahu mengapa dan kenapa pemain tengah kreatif itu bersikap sedemikian.
Menerusi satu temuramah bersama penulis Melaka United Online, Wanchel baru-baru ini, Labi yang kini tidak mempunyai sebarang kelab sejak dilepaskan pasukan Liga Super itu berkongsikan kisahnya ketika semusim di Melaka.
Dua kali hampir kembali ke Melaka
![]() |
Labi hampir sahaja kembali menyarung jersi Melaka United. |
"Melaka United cuba dua kali untuk bawa saya kembali. Pada Januari selepas menandatangani Sergio Aguero namun tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang dari Argentina itu.
"Kemudian, pertengahan musim lalu yang mana saya telah dihubungi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Noor Azman Rahman dan sekali seorang ejen yang dikenali sebagai Syed, dikatakan rapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi," ujar pemain tengah berasal dari Sweden itu.
Kes dilaporkan kepada FIFA
Pemain tengah berusia 32 tahun itu mengakui dia dan seorang lagi bekas pemain impirt, Omid Nazari membawa dua kes secara berasingan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi menuntut hak masing-masing.
![]() |
Biarpun membawa kes ke FIFA, Labi tidak mempunyai masalah dengan pengurusan MUSA. |
"Segalanya berkenaan bonus. Saya ada segala mesej dan perbualan mengenainya namun gaji saya dibayar penuh oleh majikan.
"Mereka diberikan masa sehingga musim panas lalu untuk menyelesaikannya. Ini kerana mereka minta enam bulan tambahan bagi menyelesaikannya dan meminta saya bersabar.
"Saya cuba berlembut tetapi mereka tidak hormati saya. Seperti yang saya katakan, ini bukan hal yang melibatkan saya dengan seseorang tetapi hak saya," ujarnya.
Mereka mampu senyum bila tewas
![]() |
Segelintir pemain bermain berpaksikan wang, bukan logo di dada. |
"Saya benci kekalahan dan ya saya marah dan menjerit sehingga mencetuskan beberapa situasi di dalam padang. Ini kerana saya mahukan kemenangan, tidak seperti segelintir yang tidak kisah sama ada menang atau tewas.
"Mereka ambil gaji setiap bulan. Segelintir pemain berada di sini (kelab) hanya untuk wang. Melaka United tewas mereka senyum, seronok dengan kehidupan luar padang.
![]() |
Mentaliti kemenangan sentiasa bersama Labi khususnya di dalam padang. |
Menurut Labi, bukan hanya pemain tempatan datang ke Melaka United untuk wang tetapi pemain import tidak terkecuali.
Namun, katanya, dalam karier sebagai pemain bola sepak wang sememang menjadi antara salah satu faktor penting tetapi mereka sewajar menterjemahkan persembahan berkualiti untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.
Pemain tidak berminat sertai pasukan baharu dipromosi dari Liga FAM
![]() |
Mat Zan mampu bentuk skuad juara biarpun sukar tarik nama besar sertai Melaka United. |
Labi berkata, Melaka United cuba memancing beberapa pemain secara pinjaman dari pasukan lain jawapan yang diterima sungguh mengecewakan.
![]() |
Antara pemain import yang berjuang untuk Melaka United. |
"Tiada siapa mempercayainya termasuk Mohd. Yusoff. Apabila saya berkata kepadanya, percayalah kita akan menjuarai Liga Perdana, 'Datuk' gelakkan saya, semua orang gelakkan saya.
"Ada masanya saya perlu 'berlawan' dengan beberapa pemain bagi membantu mereka faham situasi yang dialami Mat Zan, seorang jurulatih tempatan yang sentiasa berjuang setiap hari untuk pasukan.
![]() |
Labi hargai sumbangan Mat Zan dalam membentuk keserasian dan taktikal dalam kalangan pemain. |
Ikuti laporan siri kedua temubual bersama Labi mengenai kisah perjalanan singkatnya bersama Melaka United. Dalam siri kedua bakal mengupas mengenai kenakalan Labi dan siapa dirinya yang sebenar.
Foto: PBM, MUSA, Media Sosial
Foto: PBM, MUSA, Media Sosial
Post a Comment