.

.

Melaka United lebar rekod kemenangan


Melaka United berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Super selepas berjaya menundukkan pasukan liat, PKNS FC 1-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kembalinya skipper, Mohd Shukor Adan dalam kesebelasan utama, benteng pertahanan Melaka United tampak semakin ampuh apabila berjaya mengekang serangan tuan rumah yang diketuai Kpah Sherman.


Menguasai babak pertama seperti ketika menentang Petaling Jaya City minggu lalu, Melaka United dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-23 apabila Patrick Reichelt dijatuhkan Rodney Calvin Akwensivie dalm kotak D.


Safiq Rahim bagaimanapun mudah menyempurnakan sepakan penalti apabila meledak kencang ke penjuru kanan gol untuk jaringan tunggal perlawanan.

Perlawanan lebih seimbang di babak kedua dan Melaka United sepatutnya mematikan peluang kebangkitan PKNS FC lebih awal namun rembatan Liridon Krasniqi dan kemudiannya disambung R. Gopinathan diselamatkan penjaga gol lawan.


Kejayaan menewaskan PKNS FC bermakna skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan merekodkan rekod kemenangan 100 peratus dalam kempen Liga Super, rekod terbaik sejak dinaikkan ke liga teratas Malaysia.


Melaka United bakal menanti kunjungan Pahang yang menundukkan Terengganu FC 3-0 malam tadi pada 16 Februari sebelum bertandang ke Larkin menentang Johor Darul Ta'zim pada 23 Februari.
Powered by Blogger.