.

.

Red Giants, Melaka United sama handal


'Saksikan Sang Kancil Dijerat Red Giants.' Satu gambaran keyakinan yang dicatatkan penyokong Selangor di dinding Stadium Shah Alam malam tadi namun impian itu hanya satu mimpi.

Impian menundukkan Melaka United seperti yang dilakukan di Stadium Hang Jebat bulan lalu tidak berulang lagi sebaliknya hanya mampu berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1 di Shah Alam.

Jika Sean Eugene Selvaraj menjadi wira Red Giants dalam aksi pertama lalu, malam tadi Khairul Fahmi Che Mat pula menjadi wira pelawat untuk Melaka United.

Bermula pada minit ke-28, Khairul Fahmi atau Apek berjaya menguis cubaan deras Sandro da Silva Mendonca yang kemudiannya terkena palang sebelum dikeluarkan pertahanan Melaka United.

Namun, dua minit selepas itu, gawang Melaka United akhirnya dibolosi. 


Hantaran silang Mohd Syazwan Zainon berjaya menemui Sandro di dalam kotak tetapi ditepis Apek namun Mohd Syahmi Safari yang tidak dikawal mudah menolak masuk gol pertama Selangor.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan yang gagal melakukan cubaan di babak pertama berjaya menyamakan kedudukan, 15 minit selepas babak kedua bermula.

Pemain gantian, Mohd Nazrin Nawi bijak melakukan larian dari bahagian sayap kiri dan kemudiannya menghantar ke tengah dan disempurnakan Patrick Reichelt untuk gol penyamaan.

Selangor kemudiannya menggandakan asakan mencari gol kedua menerusi beberapa gerakan berbahaha menerusi Sandro dan Mohd Syahmi.

Apek sekali lagi menjadi masalah buat pemain Selangor apabila menyelamay beberapa cubaan ke arah gawang Melaka United.

Pada minit ke-72, Apek menyelamatkan cubaan jarak dekat Sandro dan Mohd Syahmi sebelum cubaan Sandro sekai lagi singgah ke palang gol pelawat.

Beberapa cubaan dan gerakan Red Giants berjaya dipatahkan Apek bagi memastikan Melaka United pulang dengan satu mata dari Shah Alam.
Powered by Blogger.