.

.

Melaka United turun ke tangga ke-6 Liga Super


Melaka United sekadar menamatkan saingan Liga Super 2019 di tangga keenam apabila dipintas Perak yang mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur malam tadi.

Keputusan itu melonjakkan Perak ke tangga kelima, berkongsi 33 mata dengan Melaka United namun dibezakan dengan satu gol, Perak 36 jaringan dan 31 bolos sementara Melaka United (34, 30).


Biarpun begitu, ini merupakan musim terbaik Melaka United di Liga Super apabila merekodkan 33 mata berbanding 31 (2018), 24 (2017) dan sembilan (2006).

Namun, kegagalan mengutip mata maksimum dalam dua perlawanan terakhir menyaksikan Melaka United bakal berada dalam balang dua untuk undian Piala Malaysia nanti.
Powered by Blogger.