.

.

Darren Lok, Ferris Daniel bakal perkuat Melaka United?


Pemain kacukan Malaysia-England, Darren Lok Yee Deng dan pemain tengah Negeri Sembilan, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir dilaporkan bakal menyertai Melaka United untuk musim 2020.

Penyerang berusia 29 tahun itu dijangka mengadakan perbincangan dengan pengurusan Melaka United dalam masa terdekat selepas dilepaskan Johor Darul Ta'zim II (JDTII) yang mahu meremajakan pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li ketika dialog bersama penyokong semalam membayangkan seorang pemain berdarah kacukan dari 'feeder club' akan menyertai skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan tersebut.

Nama Lok menjadi sebutan bakal menyertai skuad hijau putih selepas seorang lagi pemain kacukan JDTII, Samuel Somerville disahkan menyertai Pulau Pinang.

Difahamkan perbincangan lanjut mengenai kontrak Lok akan dimuktamatkan dalam masa terdekat, seawal esok.

Sementara itu, wira skuad juara Liga Perdana Melaka United 2016, Ferris Daniel yang beraksi untuk Negeri Sembilan musim lalu dijangka bakal mengikut jejak langkah Curran Singh Ferns ke Melaka.

Khabar perpindahan Ferris Daniel ke Melaka United kini hangat diperkatakan penyokong pasukan jiran kerana kebanyakan daripada  mereka mahu bekas pemain Harimau Muda itu kekal di Paroi.
Powered by Blogger.