.

.

Mana ada belanja besar... MUSA sangkal laporan media


Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menafikan dakwaan sebuah portal bahawa pasukan itu bakal berbelanja besar mendapatkan pemain baharu untuk musim depan.

Sebaliknya Presidennya, Damian Yeo Shen Li berkata, Melaka United mengambil langkah penjimatan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran dalam pelbagai perkara termasuk rundingan gaji pemain dan staf kejurulatihan.

Katanya, hasil daripada langkah penjimatan tersebut, MUSA berjaya berjimat sebanyak RM50,000 sebulan untuk gaji tujuh pemain yang dikekalkan.

"Laporan sebuah akhbar tempatan (portal) baru-baru ini adalah kurang tepat.

"Selaku Presiden, saya sendiri mengambil inisiatif berunding terus dengan pemain. Saya memberikan terma (termasuk alternatif-alternatif) dan sekiranya ia tidak berpihak kepada MUSA, kita akan ditolak.


"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk MUSA, penaja, penyokong dan kebajikan pemain. 

"Pengurangan tersebut tidak bermakna kualiti bolasepak akan Melaka menurun, tetapi akan memberi saingan yang lebih hebat untuk musim Liga Malaysia 2020," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah portal dan akhbar tempatan semalam melaporkan Melaka United bakal berbelanja besar bagi musim depan namun tiada kenyataan dalam laporan tersebut menyebut mengenai perkara itu.
Powered by Blogger.