.

.

'Salamat po' Kiki. Reichelt sah berhijrah ke Thailand


Satu kehilangan besar yang mungkin dirasai Melaka United untuk musim 2020 apabila penyerang antarabangsa Filipina memutuskan untuk berhijrah ke Liga Thailand.

Bekas pemain Ceres Negros itu pernah beraksi di negara Gajah Putih bersama Port FC dan beliau dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama pasukan baharunya semalam.

"Terima Kasih Melaka United. Saya mengambil keputusan menyambung pengembaraan (karier) pada arah berbeza. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam musim 2019.

"Juga terima kasih buat staf kejurulatihan dan rakan sepasukan atas satu tahun yang menarik di sjni. Buat penyokong Melaka, kamu semua menakjubkan. 

"Teruskan sokongan anda. Saya berharap pasukan ini akan berjaya pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Reichelt menyertai Melaka United pada awal musim lalu dan mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim 2019 sehingga tersenarai antara tiga pemain import terbaik ASEAN.

Difahamkan, penghijrahan Reichelt ke Thailand dibuat bukan faktoe kewangan tetapi hal-hal lain yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.