.

.

Aizulridzwan lengkapkan 14 muka baharu


Pertahanan PJ City FC, Mohd Aizulridzwan Razali menjadi pemain ke-14 menyertai Melaka United musim ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemain untuk musim 2020 kepada 26 pemain.

Pengalaman luas yang dimiliki pemain berusia 33 tahun itu sememangnya ditagih Melaka United khususnya di bahagian pertahanan kiri yang akan turut disaingi oleh Khair Jefri Jones.

Aizulridzwan memulakan karier bola sepaknya bersama PKNS FC pada 2011 sebelum berhijrah ke beberapa pasukan seperti DRB-Hicom FC (2012), T-Team (2013), Felda United (2014-2017), Negeri Sembilan (2018) dan kemudiannya menyertai PJ City FC musim lalu.

Kehadiran anak kelahiran Selangor ini ke dalam pasukan 'musim' beli-belah Melaka United kini di peringkat terakhir dan kini hanya menunggu seorang lagi pemain, Deshorn Brown tiba ke Melaka untuk menandatangani kontrak Jumaat ini.
Powered by Blogger.