.

.

Merecik hawau! Jersi utama Melaka United kembali hijau!


Penantian penyokong Melaka United untuk melihat jersi yang bakal dikenakan pasukan itu musim ini berakhir selepas pelancaran rasmi produk keluaran Al-Ikhsan Sports itu di sebuah pusat beli belah di Bandar Hilir, Melaka hari ini.



Berbeza dengan musim lalu, jersi Melaka United tahun ini kembali menggunakan warna hijau untuk aksi di laman sendiri, hitam-emas (gelanggang lawan) dan jersi putih-merah (alternatif).



Bagi jersi penjaga gol pula, Khairul Fahmi Che Mat dan rakan seposisinya akan mengenakan jersi berwarna jingga di laman sendiri dan biru langit untuk tempat lawan.

Menariknya, kali ini tidak banyak logo penaja ditampal pada jersi selain daripada lambang penaja utama, Olympex.


Jersi keluaran Al-Ikhsan itu dijangka akan berada di pasaran bermula esok dan dijual di cawangan-cawangan pengeluar dan pengedar produk sukan berjenama itu dalam tempoh terdekat.
Powered by Blogger.