Uche buat Penyu menangis

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rZYRewG5TLzWxPqPdOg0Z1OcHXeROprK

Kekal keputusan 1-0, raih tiga mata berharga dan lebarkan rekod tanpa bolos dalam dua perlawanan berturut-turut.
Melaka United mengekalkan momentum kemenangan sejak kembalinya aksi Liga Super 2020 apabila berjaya menundukkan pasukan diprestasi terbaik, Terengganu FC di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Turun dengan misi memburu tiga mata di laman sendiri, Zainal Abidin Hassan hanya melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan kembali kapten, Safiq Rahim.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=121VAr9dr9ao90UMPR4WqfaxBaePnCygR


Namun padang licin selepas hujan turun di sebelah petang menyebabkan tidak banyak peluang dihasilkan pada babak pertama.


Cubaan tepat ke arah gol tunggal Melaka United hadir menerusi Uche Agba dari sebelah sayap kanan namun sepakan penyerang dari Nigeria itu tepat ke dakapan Shamirza Yusof di gawang Terengganu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FxTnPrZ_BQOjn4ONOU3418os3Jd8OwWQ

Terengganu kemudiannya melakukan serangan balas pantas dan pada minit ke-12, larian solo Lee Andrew Tuck menyaksikan pemain tengah itu berjaya melakukan bercubaan tetapi ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1V2Ld06V4sIt-pMVlZR_BHsfkQU6a-r7d

Tidak banyak gerakan atau percubaan berbahaya dicipta kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan pengadil perlawanan.

Melaka United terus menggandakan asakan pada separuh masa kedua. Usaha tersebut hanya berhasil pada minit ke-61.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jHd8DVEIhqpxEq3U6cZSk8YAKOw-8vay

Bermula daripada hantaran serangan balas dari Safiq, Sony Norde bijak mencuri bola daripada kaki pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic dan melebarkan hantaran kepada Uche yang tidak dikawal untuk meletakkan tuan rumah di depan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=159lNiaCf8SJ0IqEIKJVFzvG6rN846AJC

Pelawat cuba bangkit dan menggadakan asakan ke kubu Melaka United namun jentera serangan mereka yang diketuai Dominique Da Silva gagal menumbusi benteng ampuh gandingan pertahanan berpengalaman, Mohd Razman Roslan dan Jang Suk-Won.

Kemenangan ini melonjakkan Melaka United ke tempt ketiga Liga Super di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT) dan TFC.

Foto: MUSA