Melaka United belasah Penang 4-1, lonjak ke tangga keenam Liga Super
Kepulangan yang tidak dinanti, lebih malang lagi akhirnya menjadi mimpi ngeri. Itulah nasib yang menimpa Zainal Abidin Hassan apabila skuad kendaliannya, Penang FC dibelasah 4-1 oleh bekas kelabnya, Melaka United malam tadi.
Namun, Melaka United yang masih terluka selepas tewas dalam masa kecederaan kepada JDT Sabtu lalu bermula garang menerusi jaringan seawal minit keempat.
Minit ke-34 menyaksikan giliran Adriano pula mencipta nama sebagai penjaring gol apabila melepaskan satu rembatan leret dari luar kotak bagi meletakkan Melaka United selesa 2-0 di depan.
Tuan rumah terus menguasai perlawanan di separuh masa kedua. Kelebihan itu digunakan sebaiknya anak buah Asri Ninggal apabila Melaka United memperoleh gol ketiga menerusi Ifedayo Olusegun.
Bermula daripada larian Syazwan Andik, pertahanan itu melakukan hantaran lintang mengelirukan dari dalam kawasan penalti sebelum bola mudah ditolak masuk oleh Ifedayo di depan gawang.
Belum sempat pertahanan Penang FC menarik nafas lega, mereka terus dihukum menerusi gol keempat Melaka United
Kapten, Sony Norde bijak mencuri bola daripada kaki pemain lawan dan melakukan serangan balas pantas bersama Adriano, Ifedayo dan Justin Baas.
Sony yang menerima semula bola dari dalam kawasan penalti melakukan hantaran ke Baas yang mudah menolak masuk gawang Penang FC pada minit ke-60.
Foto: MUFC
Post a Comment