.

.

Piala Presiden: Melaka sekadar seri dengan 10 pemain Kelantan


 SKUAD Piala Presiden Melaka gagal memanfaatkan kelebihan beraksi dengan seorang pemain dalam tempoh lebih 70 minit perlawanan apabila terikat tanpa jaringan menentang Kelantan di Stadium Hang Tuah, petang semalam.

Turut dalam saingan pembukaan musim baharu, perlawanan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan pada awal pemainan sebelum pertahanan pelawat, Ahmad Taufik Lukman dibuang padang pada minit ke-17 kerana melakukan kekasaran di luar kawasan penalti.

Melaka yang dibimbing Md Noor Derus mula mendominasi perlawanan selepas itu namun gagal merobek gawang Kelantan sekali gus membawa keputusan seri tanpa jaringan ke bilik persalinan waktu rehat babak pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Melaka terus menggandakan serangan dengan beberapa deretan peluang namun ketangkasan penjaga gol pelawat, Adika Arman Azmi menafikan sebarang jaringan sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan itu menyaksikan Melaka berada di tangga keenam Kumpulan A dengan pasukan jiran, Johor Darul Ta'zim (JDT) III berada di tangga teratas selepas membelasah Kuala Lumpur City FC 6-0. 



Powered by Blogger.