Tuan rumah bermula garang apabila mendahului seawal minit ke-15 menerusi jaringan Aniq Syahmi Anas.
Aniq Syahmi Anas (dua dari kanan) meraikan jaringannya ketika aksi Piala Belia 2024 menentang Sri Pahang di Stadium Hang Tuah, petang tadi. Foto: MAFA |
Kesabaran pelawat menyerap asakan Melaka berhasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi jaringan Muhammad Adam Shafeeq Abdullah.
Muhammad Adam Shafeeq terus menjadi duri dalam daging Melaka apabila meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-63 sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh untuk dibawa pulang ke Kuantan.
Sementara itu, keputusan menentang Sri Pahang menyaksikan Melaka melebarkan rekod kekalahan dalam kesemua empat perlawanan dan kini pasukan itu berada di tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang mata.
Melaka akan meneruskan saingan Piala Belia 2024 menentang Kelantan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan pada 18 Mac ini.