Turun dengan mengenakan jersi serba biru, Sg. Putat tidak menunggu lama apabila berada di depan seawal minit ketiga menerusi sentuhan jaringan penyerang, M. Azmil Azran A. Rahman.
Sg. Putat menggandakan jaringan 10 minit kemudian hasil jaringan M. Aqil Hazwan Nor Hasidi namun Melaka Cops bangkit merapatkan kedudukan menerusi Arif Fadilah Omar pada minit ke-18 untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak merentap semangat pemain Sg. Putat apabila meledak gol ketiga pada minit ke-29 hasil penyudah P. Logaa sebelum M. Azmil Azran gol keempat pada minit ke-80 sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan tersebut.
Kemenangan ini meletakkan Sg Putat di tangga kedua liga dengan tiga mata, berkongsi mata dengan pendahulu, SBC FC yang menang besar 10-1 ke atas Dynamo FC, semalam.