.

.

The Settlers, Desa Baru lengkapkan 10 pasukan Siri 1


 KEJOHANAN Liga Super Komuniti A3 Melaka Siri 1 terus mendapat sambutan menerusi penyertaan dua lagi kelab tempatan sekali gus menjadikan sebanyak 10 pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan.

Terbaharu, Desa Baru FC dan Settlers FC diumumkan sebagai pencabar baharu bagi lapan pasukan lain yang telah awal mengesahkan penyertaan.

Lapan pasukan lain yang bersaing adalah Dynamo FC, Serkam United FC, SBC FC, Melaka Cops FC, Scofa FC, UTeM United FC, Sg. Putat FC dan Danke FC.
    
Perlawanan pembukaan telah disempurnakan Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi Sabtu lalu yang menyaksikan Scofa FC berjaya menundukkan Danke FC, 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium UTeM, Durian Tunggal.

Aksi Scofa FC dan Danke FC membuka tirai saingan Liga Super Komuniti A3 Melaka Siri 1, Sabtu lalu. Foto: Naning Media
Liga Super Komuniti A3 Melaka Siri 1 dijangka berlangsung selama dua bulan bermula Sabtu lalu dan dijangka berakhir pada Jun depan.

Kejohanan Siri 2 dijangka akan diteruskan bermula pada Julai dengan sesi pendaftaran masih lagi dibuka dengan sasaran menarik lebih banyak penyertaan kelab-kelab di negeri itu dan yang terletak berhampiran.

Juara dan naib juara setiap siri akan layak secara automatik ke saingan Liga A2 musim depan.


Powered by Blogger.