Desa Baru FC mengutip tiga mata penuh sekaligus menghidupkan peluang mengejar kedudukan empat pasukan terbaik sekali gus layak ke separuh akhir. Foto: Naning Media |
Kemenangan itu menyaksikan Desa Baru mengukuhkan kedudukan di tempat keempat, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, SBC FC namun Desa Baru masih kurang beraksi satu perlawanan.
Dalam aksi petang tadi, Desa Baru tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Ahmad Faries menolak masuk gol pertama seawal minit kelapan.
Mohammad Rais menggandakan jaringan buat Desa Baharu pada minit ke-26 namun Melaka Cops bangkit merapatkan kedudukan menerusi sentuhan penyudah Mohammad Shaziwan Mohd. Azan.
Gawang Melaka Cops bocor lagi pada minit-minit akhir separuh masa pertama apabila membenarkan Muhammad Atif meledak gol ketiga Desa Baharu untuk kelab itu kembali selesa dua gol menuju ke bilik persalinan.
Tiada tambahan gol dapat dihasilkan pada babak kedua namun Desa Baru terpaksa bermain dnegan 10 pemain pada 10 minit terakhir perlawanan apabila Muhammad Rais dilayangkan kad merah pada minit ke-70.
Scofa FC mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan Settlers FC, 2-1 dalam aksi Liga Super Komuniti A3 Melaka di padang UiTM Lendu, Alor Gajah, petang tadi. Foto: Naning Media |
Scofa berada di depan pada minit ke-13 menerusi jaringan Muhammad Amiruldin namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila kedudukan disamakan Settlers FC seminit kemudian hasil jaringan Faaris Shafinaz Parmin.
Puvan Raj menjadi wira Scofa apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-43 sekali gus memastikan tiga mata penuh milik kelab tersebut.