Melaka FC memulakan kempen dengan kemenangan selepas menundukkan PIB Shah Alam, 4-1 dalam aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium USIM, Nilai, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Foto: AFL |
Sebaliknya, bekas pengendali Negeri Sembilan itu menuntut anak buahnya bekerja keras bagi memastikan tiga mata penuh diraih di laman sendiri, esok.
Devan berkata, menentang skuad bimbingan Shahrom Kalam itu bukan sesuatu yang mudah apatah lagi mereka turut mencatat kemenangan dalam aksi pembukaan liga pada minggu lalu.
“Banyak lagi perlu diperbaiki serta dipertingkatkan memandangkan ini baru perlawanan pertama kita dan masih banyak lagi perlu ditempuhi.
Gombak FC mampu memberikan kejutan andai Melaka FC memandang rendah kemampuan pasukan itu menjelang pertemuan sulung kedua-dua pasukan musim ini. Foto: Gombak FC |
“Positifnya berdepan Gombak FC ini kita bermain di laman sendiri dan saya percaya pemain akan lebih bersemangat memburu kemenangan kedua," katanya seperti dipetik dari portal AFL, hari ini.
Melaka FC bakal melaya kunjungan Gombak FC malam esok di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dengan lima lagi turut berlangsung pada Sabtu.
Pertemuan antara Harini Selangor FT dan Imigresen FC di Stadium Utama, Kuala Selangor pula menjadi aksi tunggal yang dilangsungkan pada Ahad ini.