Kesebelasan utama SBC FC ketika berdepan Serkam United pada aksi Liga Super Komuniti A3 Melaka di padang UiTM Lendu, Alor Gajah, petang tadi. Foto: Naning Media |
Perlawanan awal pada pukul 3.15 petang menyaksikan pertembungan dua pasukan teratas, SBC dan Serkam United namun ia hanya berlangsung selama 15 minit sahaja.
Ini susulan keputusan pegawai pertandingan yang menamatkan perlawanan lebih awal kerana keadaan cuaca buruk yang melibatkan kilat dan petir di lokasi berkenaan.
Sg. Putat FC mengekalkan rekod tanpa kalah dan menjadikan Danke FC mangsa terbaharu apabila membelasah lawan, 9-1 di padang UiTM Lendu, Alor Gajah, petang tadi. Foto: Naning Media |
Turun sebagai pasukan pilihan, Sg. Putat terpaksa menunggu sehingga minit ke-16 untuk membuka jaringan menerusi P. Thanaraj sebelum memperoleh tiga lagi gol di babak pertama menerusi dua gol Muhammad Azril Azran Abdul Rahman pada minit ke-25 dan 40' serta jaringan Muhammad Aqil Hazwan Nor Hasidi.
Danke berjaya merapatkan jurang selepas babak kedua bersambung menerusi sentuhan penyerang, Muhammad Shafie Shukor pada minit ke-48.
Bagaimanapun, Sg. Putat tidak menunjukkan ehsannya apabila meledak lima lagi gol selepas itu.
Mohammad Imran Samso menjadikan kedudukan 5-1 sebelum Saiful Safaiz Abdul Rahman meledak gol keenam pasukan itu pada minit ke-57.
Aufa Syahir Sabaruddin meledak dua gol dalam tempoh empat minit bagi menjadikan kedudukan 8-1 sebelum P. Loga memastikan kemenangan besar Sg. Putat menerusi gol kesembilan pada minit ke-76.
Dua lagi aksi bakal berlangsung esok membabitkan pertemuan antara Settlers FC menentang Scofa disusuli pertembungan Melaka Cops dan Desa Baru FC.