Aksi Melaka Cops (jersi hijau) dan SBC FC (merah) berlangsung dalam keadaan hujan yang menyaksikan SBC menang 5-1 di padan UITM Lendu, Alor Gajah, petang tadi. Foto: Naning Media |
Wakil Muar itu bagaimanapun terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan Melaka Cops pada minit ke-16 hasil jaringan Zulfiza Abas.
Tersentak dengan jaringan tersebut, SBC bangkit menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi penyudah Mohd. Akmal Norjam Afandi bagi memastikan keputusan seri sehingga babak pertama berakhir.
Separuh masa kedua menyaksikan SBC terus menggandakan asakan dan lebih tajam di depan gawang. Hasilnya, mereka meledak empat lagi gol dalam tempoh 30 minit termasuk jaringan hatrik Mohd. Sollehi Ahmad Zuhaimi.
Penyerang itu meletakkan SBC di depan pada minit ke-50 sebelum melebarkan kedudukan 3-1 menerusi percubaan pada minit ke-54.
Muhammad Arshad Mohd. Rashid mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-78. Mohd. Sollehi melengkapkan hatriknya pada waktu kecederaan sekali gus memastikan kemenangan besar 5-1 SBC ke atas Melaka Cops.
Sg. Putat FC terus mengejar SBC dalam saingan tahta liga selepas garang membelasah Dynamo FC, 10-0 dalam aksi di padang UiTM Lendu, Alor Gajah, petang tadi. Foto: Naning Media |
Najmi Rosli menjadi wira Sg. Putat apabila meledak empat gol dalam tempoh 25 mini menerusi jaringan pada minit ke-53, 60, 70 dan 78 sementara penyerang, Muhd. Azmil Azran Abd. Rahman pula mencetak dua gol.
Ahmad Zulfadhli Abd. Aziz, Mohammad Imran Samso, Muhd. Aqil Hazwan Nor Hasidi dan Muhd. Nabil Haqeem Nordin pula masing-masing meledak satu gol bagi membantu kelab itu mencatat kemenangan kedua berturut-turut.
Dua lagi aksi Liga Super Komuniti A3 Melaka akan berlangsung esok melibatkan pertemuan Desa Baru FC menentang Settlers FC dan Serkam United bertemu Danke FC.