.

.

Skuad Utama | 9


Ibarat sirih pulang ke gagang, Ifedayo Olusegun kembali memperkuatkan Melaka United bagi musim 2022. Penyerang kelahiran Nigeria berusia 31 tahun ini pernah beraksi untuk skuad hijau putih pada tahun 2018.

Muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2021, kepulangan Ifedayo agak mengejutkan berikutan prestasinya berada di kemuncak bersama Selangor musim lalu selepas meledak 50 gol dalam 43 perlawanan bagi semua kejohanan.

Ifedayo mula beraksi di kancah Liga Malaysia pada tahun 2017 bersama Felda United. Namun jodohnya tidak panjang di Jengka sebelum kembali seketika untuk beraksi di Baharain bersama Al-Hidd.

Tahun berikutnya menyaksikan Ifedayo kembali ke negara ini untuk menyertai Melaka United. Dalam 15 penampilannya, Ifedayo berjaya meledak 14 gol sepanjang musim. 

Penyerang yang layak beraksi untuk Bahrain itu kemudiannya kembali ke Bahrain bersama Al-Riffa sebelum menyertai The Red Giant musim lalu.

Ketajaman penyudah yang dimiliki Ifedayo merupakan senjata utamanya dengan konsistensi yang dipamerkan sepanjang musim tidak mustahil kepulangan Ifedayo musim 2022 bakal menjadikan dia penyerang yang digeruni di Liga Malaysia.





    Powered by Blogger.